Imam Abu Hanifah, an-Nu'man bin Tsabit radhiyallahu `anhu adalah salah seorang pengasas mazhab yang masyhur. Beliau wafat pada tahun kelahiran Imam asy-Syafi`i radhiyallahu `anhu,
iaitu 150H. Makam beliau yang berada di Baghdad sentiasa menjadi
tumpuan ziarah kaum muslimin yang kasihkan para kekasih Allah SWT. Imam
kita, Sultanul A-immah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i ketika di Baghdad,
juga tidak ketinggalan untuk menziarahi Imamul A'dhzam Abu Hanifah di
makam beliau tersebut. Bahkan Imam Besar keturunan Bani Muthallib ini
turut menadah tangan berdoa kepada Allah SWT dengan bertawassul kepada
Imam Abu Hanifah RA. Kisah mengenai perkara ini disebut oleh Imam
al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin `Ali bin Tsabit bin Ahmad bin Mahdi
asy-Syafi`i rahimahullah yang masyhur dengan gelaran Imam Khatib al-Baghdadi, seorang ulama bermazhab Syafi`i yang hidup sekitar tahun 392H - 463H.

Sebahagian orang mempertikaikan kesahihan kisah tersebut. Maka itu
adalah hak mereka dan sebagaimana mereka, kita juga punya hak untuk
tidak menerima pendapat mereka dan sebaliknya menerima pendapat ulama
yang mensabitkan kebenaran pada kisah tersebut. Menurut kajian Imam
Khatib al-Baghdadi, segala periwayat kisah tersebut adalah orang - orang
yang shaduq dan tsiqah (yakni orang - orang yang dipercayai) dan
pandangan beliau ini turut dikongsi oleh ulama-ulama lain.
Pihak yang menolak kisah tersebut seperti al-Albani juga tidak menafikan kedudukan dan status para perawi kisah tersebut adalah orang - orang kepercayaan selain daripada " `Umar bin Ishaq bin Ibrahim" yang dikatakan sebagai seorang yang majhul (yakni yang tidak diketahui identitinya). Atas dasar tersebut maka al-Albani menghukumkan kisah tersebut sebagai dhaif bahkan batil. Rasanya penilaian kisah tersebut sebagai batil adalah satu penilaian yang terlampau kerana beliau gagal mempertimbangkan fakta yang para periwayat lain adalah mereka-mereka yang shaduq dan tsiqah. Sewajarnya perkara ini masuk dalam pertimbangan al-Albani sebelum menyatakan yang ianya batil.

Menurut penjelasan sebahagian ulama lain, ada kemungkinan 'Umar bin Ishaq tersebut adalah `Amr bin Ishaq al-Himsi yang
merupakan seorang yang diketahui dan boleh dipercayai. Jika ianya
benar, maka tiadalah apa lagi kecacatan pada sanad yang dikemukakan oleh
Imam Khatib tersebut. Selain daripada itu, perlu diberi perhatian juga
bahawa kisah ini turut disampaikan melalui jalan lain, antaranya oleh
Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam karya beliau "al-Khairat al-Hisan"
yang merupakan manaqib Imam Abu Hanifah pada fasal 35 halaman 129
dengan sanad yang shahih dan Imam Ibnu Abil Wafa menyebutkan kisah ini
dalam "Tabaqat al-Hanafiyyah" pada halaman 519 dengan
sanad lain melalui al-Ghaznawi. Tidak ketinggalan para ulama di masa
kita ini turut memuatkan kisah ini dalam karya mereka, misalnya Imam
Muhammad Zahid al-Kawthari membawa kisah ini dalam "Maqalat al-Kawthariy"
pada halaman 453 dan mengatakan bahawa sanad kisah ini adalah bagus
(jayyid). Mufti Muhammad Taqi Uthmani memuatkannya dalam karya beliau "Jahan-e-Deedah",
jika kisah tersebut dianggap sebagai batil, pasti Mufti Muhammad Taqi
yang terkenal sebagai seorang ulama bermazhab Hanafi dengan aliran
Deobandi tidak akan memuatkannya dalam karya beliau. Maka hendaklah kita
berlapang dada, jangan terlalu taksub dengan pegangan kita sehingga
menuduh pihak yang tidak sependapat dengan berbagai tuduhan yang keji.
Tiada paksaan samada untuk menerima atau menolak kisah Imam asy-Syafi`i
RA bertabarruk dengan Imam Abu Hanifah RA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar