
Foto
di sebelah merakamkan Perdana Menteri Pakistan sedang berdoa di makam
Imam al-Hujwiri. Foto ini sudah tentu memedihkan hati pengikut fanatik
puak badwi yang keluar dari arah timur Madinah al-Munawwarah, bumi Nejd
yang dikecewakan dari mendapat doanya baginda Nabi SAW. Di atas makam
Imam al-Hujwiri turut berdiri kubah, bukan untuk sembahan tetapi sebagai
tanda dan ingatan bahawa di sinilah bermakamnya seorang ulama yang
banyak berjasa terhadap umat Baginda Nabi SAW, agar para penziarah dapat
menziarahi dan memperolehi keberkatan dan pahala daripada Allah SWT.
Janganlah berburuk sangka kepada sesama umat dengan menghukum sesiapa
yang mendatangi kuburnya para shalihin sebagai penyembah kubur....
Allahu..Allah... sungguh jelek gelaran yang diberi kepada kaum yang
bersyahadah. Namun, mungkin kerana memiliki sifat kasar dan jiwa keras
yang ada pada sesetengah manusia sehingga ada yang cuba meletupkan makam
tersebut. Namun tidak berhasil memusnahkan makam tersebut, sebaliknya
telah mengakibatkan terbunuhnya nyawa orang awam dan kanak-kanak yang
tidak berdosa. Adakah ini ajaran yang dibawa oleh Junjungan Nabi SAW
???? Apakah baginda membenarkan pembunuhan ???? Jadi di manakah
kedudukan puak-puak yang mengakui "berani mati" ini, apakah mereka ini
tidak sekiblat dengan kita atau mereka menghadap arah kiblat yang
bertentangan ke Kaabah ??
Sayyid Abul Hasan `Ali bin 'Uthman al-Hujwiri rahimahullah dilahirkan
di Hujwer, Ghazna, Afghanistan. Tarikh kelahiran dan kewafatannya tidak
diketahui secara pasti, apa yang pasti adalah beliau hidup sekitar
kurun ke-5H. Berketurunan Rasulullah SAW, di mana ayahanda beliau adalah
seorang syarif al-Hasani manakala bonda beliau pula adalah seorang
syarifah al-Husaini. Beliau telah berkelana ke berbagai pelusuk dunia
Islam untuk menimba pengetahuan dan telah bertemu dengan sosok - sosok
gergasi dalam dunia keilmuan Islam, antaranya Imam al-Qusyairi dan murid
beliau Syaikh Abu `Ali al-Farmadi yang merupakan salah seorang guru
Imam Hujjatul Islam al-Ghazali. Silsilah kerohanian beliau bersambung
kepada Imam Junaid al-Baghdadi dan seterusnya kepada Sayyidina `Ali RA
melalui guru beliau Hadrat Syaikh Abul Fadhl Muhammad bin Hasan
al-Khuttali. Di antara kisah yang menarik mengenai beliau adalah ketika
beliau menjejakkan kakinya ke Lahore atas perintah gurunya, binaan
pertama didirikannya adalah sebuah masjid sebagai pusat dakwah beliau.
Maka ramailah orang mendatangi beliau untuk mendengar nasihat dan
ajarannya dan hal ini telah menimbulkan hasad dengki dalam hati
sesetengah orang lalu mereka menyebarkan fitnah bahawa masjid yang
didirikan oleh Imam al-Hujwiri itu menghadap arah kiblat yang salah.
Fitnah yang semakin merebak itu memaksa Imam al-Hujwiri untuk mengundang
penduduk Lahore termasuklah mereka-mereka yang dengki tersebut untuk
hadir ke masjid untuk sholat. Setelah azan Maghrib dilaungkan, Imam
al-Hujwiri pun mengimamkan sholat dan dalam sholat ketika beliau membaca
ayat ke-6 surah al-Fatihah :
"Tunjukilah kami jalan yang lurus",
dengan izin Allah, terbitlah satu karamah di mana semua yang hadir
bersholat tersebut dapat melihat di hadapan mereka Baitullah. Maka
hilanglah keraguan mereka yang arah kiblat masjid tersebut salah. Maka
tidak hairanlah kenapa sehingga kini Imam al-Hujwiri menduduki tempat
istimewa dalam hati-hati umat Islam terutama sekali penduduk Lahore dan
Pakistan.

Imam al-Hujwiri terkenal dengan karya beliau "
Kasyful Mahjub".
Karya ini ditulis dalam Bahasa Farsi dan merupakan antara karya tasawwuf
yang tertua dalam bahasa Farsi. Ianya telah diterjemah dalam Bahasa
Arab, Inggeris dan juga Bahasa Melayu - Indonesia. Seorang bangsawan
British, John Gilbert Lennard (1915 - 1978) menerima hidayah Islam
setelah membaca "
Kasyful Mahjub" dan setelah Islam beliau dikenali
sebagai Shah Shahidullah Faridi. Antara komentar beliau mengenai Imam
al-Hujwiri adalah:-
" His grave in Lahore is the most frequented of all
saintly shrines in that city and one of the most famous in Pakistan and
other nearby countries. His name is a household word, and his mausoleum
the object of pilgrimage (ziarah) from distant places. [Only a few] of
such pilgrims can ever read his book. His spiritual authority, then,
transcends the world of literature and stands in its own right
unsupported by outward evidences, however valuable these undoubtedly
are." Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atas Imam al-Hujwiri selama-lamanya ... al-Fatihah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar