Selasa, 06 Juli 2010

Fahaman Wahabi Berbahaya !!!

Kepada yang nak marah sebab tajuk posting di atas, tolonglah jangan marah kat ese, sebab itu bukan pernyataan daripada ese. Ese cuma memanjangkan berita yang sudah lama beredar dalam ruangan maya ini. Berita tersebut telah dilaporkan juga oleh beberapa rakan bloggers dan dipetik dari laporan akhbar Wathan pada 26 April yang lalu.

April lalu telah berlangsung satu seminar di Kaherah yang disertai oleh ulama Universiti al-Azhar asy-Syarif dan pakar-pakar Gerakan Islam dengan tema: FAHAMAN WAHABIAH BAHAYA YANG MENGANCAM ISLAM DAN DUNIA. Mereka menegaskan bahawa fahaman Wahabiah adalah satu fahaman dan gerakan yang merupakan musuh paling merbahaya bagi umat Islam dan dunia, yang mana bahayanya tidak kurang jika dibandingkan dengan Gerakan Zionis (Jangan marah ya, lagi sekali dimaklumkan bahawa ini bukan pernyataan ese). Ini adalah kerana Wahabiah menyebarkan pemikiran - pemikiran dan sikap serta tindakan yang bengis, bersifat ganas (terrorist), kebencian dan sikap mudah mengkafirkan mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka. Sikap dan tindak-tanduk mereka yang mengaibkan ini telah merosakkan usaha gerakan lain untuk mempertahankan Islam di Palestin dan Iraq. Maka antara kewajipan syarie ialah untuk menentang pemikiran ini serta pendokong-pendokongnya dengan segala cara yang sedia ada. Inilah yang dinyatakan di dalam Simposium Islam Perbincangan Khusus (al-Mutakhasisah) dan Diperkembangkan (al-Muwassa’ah) yang telah dianjurkan kelmarin di Kaherah dengan tajuk: AL-WAHHABIAH: ANCAMAN BERBAHAYA KEPADA ISLAM DAN DUNIA

Dan panel-panel pembentangan penyelidikan serta perbincangan adalah terdiri daripada:
  • Syaikh Dr. Abdul Rahman as-Subki - ulama al-Azhar asy-Syarif;
  • Al-Mufakkir Dr. Ahmad al-Saayih – Professor Aqidah dan Falsafah Islam di al-Azhar al-Syarif;
  • Al-Mustasyar (Penasihat) Ahmad Abduh Maher – ulama’ besar yang mempunyai kepakaran/pengkhususan tentang Gerakan-gerakan Islam di Mesir;
  • Prof. Abdul al-Fattah ‘Asakir – Pemikir Islam yang terkenal;
  • Dr. Abdullah Al-Sa’daawi;
  • Dr. Ahmad Syawqi al-Fanjari;
  • Dr. Ali Abdul Jawwad – Pakar berkenaan kajian Gerakan-gerakan Islam;
  • Dan beberapa ulama’ dan pakar-pakar yang lain.
Simposium ini telah merumuskan beberapa cadangan dan kesimpulan, dan yang paling penting adalah seperti berikut:

Pertama:

Para pakar dan ulama menegaskan dalam kajian mereka (terdapat tujuh (7) pembentangan penyelidikan) dan perbincangan mereka bahawa sesungguhnya: al-Wahabiah sebagai satu dakwah/seruan dan pemikiran yang berdiri atas prinsip menolak pihak lain dan mengkafirkannya. Dan sesungguhnya ia mengancam keamanan dan kesejahteraan di seluruh negara-negara Islam kerana ianya menyebarkan pemikiran-pemikiran terrorist/keganasan dan jenayah yang sangat merbahaya. Pemikiran-pemikiran inilah yang menyebabkan pemuda-pemuda Muslim mengkafirkan serta melakukan keganasan terhadap masyarakat dan para pemerintah dengan bersandarkan alasan/sebab yang amat remeh. Dan dunia waktu kini tidak berdepan dengan kesulitan/kepayahan daripada mana-mana pergerakan atau dakwah sepertimana yang ia dapati daripada al-Wahabiah seperti yang berbentuk (al-Qaedah) ataupun rupa bentuk pergerakan Islam yang lain. Dan sesungguhnya kalaulah tidak kerana harta/dana Saudi, al-Wahabiah tidak akan tersebar, dan kalaulah tidak kerana sikap kepura-puraan Amerika, ia pasti dapat ditentang dan ditundukkan. Akan tetapi Amerika dan Saudi mendapat manfaat daripada pemikiran pelik/terpesong ini yang disandarkan secara palsu kepada Islam dan yang dinamakan al-Wahabiah ini. Ianya digunakan pada sesuatu masa untuk melancarkan serangan keganasan kepada dunia atau pada masa yang lain untuk melakukan pemerasan/peras ugut.

Kedua:

Para peserta simposium menegaskan bahawa sesungguhnya al-Wahabiah mempunyai sikap/pendirian yang negatif terhadap wanita dan ilmu, muzik dan segala bentuk kesusasteraan, serta terhadap penganut agama Kristian, bahkan terhadap pengikut -pengikut lain-lain mazhab dalam Islam (seperti Syi’ah, al-Asya`irah dan lain-lain). Dan ia sesungguhnya adalah satu bentuk dakwah/seruan kepada Jahiliyyah. Dan kebanyakan kesan-kesan Wahhabi adalah dalam bentuk keganasan dalam pemikiran dan beragama, menolak realiti dan intelek. Dan oleh sebab itu, sebahagian (pengkaji) menganggapnya sebagai (sebuah agama yang baru) selain daripada agama Islam - suatu agama yang menyeru kepada terrorisma/keganasan dan pembunuhan atas nama Allah, sedangkan Allah “bebas” daripada (dakwaan mereka itu). Dan apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan, bahkan di Saudi - yang merupakan penaja kepada pemikiran ini – dari pembunuhan dan keganasan dengan mudah menguatkan lagi bahawa kita sedang berdepan dengan satu gerakan dakwah/seruan yang menyeru kepada jenayah dan pembunuhan dan bukannya dakwah/seruan kepada Islam yang toleransi dan sederhana (tidak ekstrim).

Ketiga:

Para ulama dan pakar di dalam simposium ini membuat tuntutan berhubung pentingnya menyediakan satu strategi yang Islamik di peringkat antarabangsa yang mengambil kira aspek kebudayaan serta politik untuk menentang al-Wahabiah. Dan sesungguhnya perlu bagi al-Azhar asy-Syarif memainkan peranan dalam hal ini kerana ianya adalah satu institusi Islam yang bersikap sederhana (tidak ekstrim) sebelum ia dirosakkan oleh al-Wahabiah dan golongan yang menamakan diri mereka sebagai pendakwah pembaharuan daripada golongan Salafiyyin yang keras/melampau. Sesungguhnya sekiranya al-Azhar asy-Syarif kembali menjadi institusi yang menerangi dengan sikap bersederhanaanya dan tidak melampau, maka sesungguhnya ia mampu untuk menolak dengan kekuatan akan sikap melampau Wahabi yang memusuhi roh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang bersifat sederhana dan tidak melampau.

Sumber:

Akhbar Watan [ وطن ] di : http://watan.com/10/news.html//35‐news‐extra/21652‐2010‐
04‐26‐20‐24‐39.html
Tarikh Berita: 26 April 2010

http://bahrusshofa.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog