Senin, 05 September 2011

Dialog Bulan Ramadhan Dengan Allah

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan aras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadirat Allah swt. memohon sesuatu recommedation (rekomendasi) bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini.

Allah lantas perkenankan dengan mengkaruniakan 1000 mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain yaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikawinkan setiap orang dengan 1000
bidadari yang sangat cantik. Setiap bidadari itu dilayani oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan di
syurga mereka diberikan BOURAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan
meminta Allah menempatkan orang yang berpuasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di jannatil Firdaus.

Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.


Moral & Iktibar

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa perhitungan. Mengosongkan perut kerana mengharap keridhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji. Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr. Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Jannatil Firdaus. Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kendaraan
yang paling canggih. Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang benar sepanjang Ramadhan ini.

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog