
Beliau menghafal al-Quran dari usia kecil lagi dan pada tahun 1336H beliau memasuki Madrasah al-Falah sehingga tahun 1347H. Selain pembelajaran secara formal di al-Falah, beliau tidak ketinggalan belajar dengan para ulama yang mengajar dalam Masjidil Haram. Di antara guru-guru beliau adalah Syaikh Ahmad Naadhirin, Syaikh Muhammad Isa Rawwas, Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabaani, Syaikh Muhammad Yahya Aman, Syaikh Muhammad Fudah, Syaikh Muhammad 'Athorid, Syaikh Abdul Wahhab Asyi, Syaikh Muhammad Amin Suwaid, Syaikh 'Umar BaJunaid, Syaikh 'Umar Hamdan al-Mahrasi dan ramai lagi rahimahumUllah ajma`in. Beliau mengabdikan hidupnya untuk ilmu dengan mengajar di Madrasah al-Falah dan pernah menjadi mudirnya dan pernah menjawat berbagai jawatan penting. Beliau mempunyai berbagai karya di antaranya:-
- al-Qawl al-Wajiid fi Tanzih Allah ta`ala an at-tasybih;
- I'laam al-Muslimin bi 'Ishmatin Nabiyyin;
- Da'f Syubuhaat al-Maani`iin lit Tawassul;
- al-Ittiba' wal Ibtidaa';
- al-Hujjajul Waadhihaat fi Najaatil Abawain wal Ajdaad wal Ummahaat;
- Masyru`iyyah az-Ziyyaarah;
- ar-Rawdh an-Nadhir min mawlid as-Siraj al-Munir SAW;

Ese kat sini tiadalah bercadang untuk menjelaskan segala nash tersebut yang telah sedia jelas dijelaskan dalam kutaib tersebut sejelas-jelasnya. Cuma di sini untuk mengambil suatu faedah, ese nukilkan khulasah yang diberikan oleh Khatimatul Muhaqqiqin Imam Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki rahimahUllah yang menyatakan:-

"Segala hadits adalah jelas lafaz dan maknanya menyatakan bahawa segala bapa-bapa dan ibu-ibu Junjungan Nabi SAW sehinggalah kepada Nabi Adam AS adalah manusia-manusia pilihan lagi mulia dan bahawasanya segala ibu baginda adalah wanita-wanita yang suci. Dan orang kafir tidak disebut pada haknya sebagai orang pilihan, tidak juga sebagai orang yang mulia dan tidak juga sebagai orang yang suci, bahkan orang kafir itu najis (yakni i'tiqad dan pegangan mereka)." [Jadi jika dikatakan bahawa para leluhur Junjungan Nabi SAW adalah manusia pilihan, maka semestinya mereka adalah orang-orang yang beriman dan mentawhidkan Allah, bukannya orang-orang kafir atau musyrik.]Allahu ... Allah, sungguh Junjungan Nabi SAW itu intan terpilih dari segala rupa macam intan dan permata bernilai tinggi di sisi Rabbul Izzati. Moga kita sekalian dikumpulkan bersama baginda dan para leluhur baginda dalam syurga tertinggi di bawah naungan Ilahi.
يا رسول الله....... لي الشفاعة
Tidak ada komentar:
Posting Komentar