Isnin ni (26 Januari 2009) kira-kira jam 4.30 petang (lepas asar) akan berlaku gerhana annular matahari. Maka jangan lupa menunaikan sholat sunnat gerhana matahari (kusuf). Kalau ada semejid yang mengadakan secara berjemaah eloklah pi, sebab sholat ini kalu ikut hukum lam mazhab ianya dikategorikan sebagai sunnat muakkad yang makruh ditinggalkan tanpa uzur. Sesiapa yang tak berkelapangan untuk menunaikannya di masjid dengan berjemaah, bolehlah sembahyang sendiri mengikut mana-mana kaifiat yang dikehendaki. Sekurang-kurangnya sholat sahaja dua rakaat sebagaimana sholat - sholat sunnat yang biasa, tanpa penambahan qiyam dan ruku`. Buat jangan tak buat, karang menyesal tak sudah. Ingatlah Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
إِنَّ الشَّمْسَ وَ الْقَمَرَ آيَتاَنِ مِنْ آياَتِ اللهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَ لاَ لِحَياَتِهِ،
فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوْا الله َ وَ كَبِّرُوْا وَ صَلُّوْا وَ تَصَدَّقُوْا.
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Terjadinya gerhana bukanlah kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Apabila kamu menyaksikan gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah membesarkan Allah, bersholatlah dan bersedekahlah."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar