Mawlid Barzanji telah masyhur di rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di alam Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. memeriahkan lagi majlis-majlis pembacaan kitab Mawlid Barzanji dan alhamdulillah ianya masih berkekalan sehingga ke saat ini, walaupun dikecam dan disesatkan oleh puak kaum mudah. Sungguh mengherankan bila membaca kitab sirah yang sarat dengan mahabbatur rasul, tiba-tiba hendak diharamkan sebab kononnya bid`ah, kononnya ada unsur pengagungan yang berlebihan, kononnya ada syirik, sedangkan apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam memahami kata-kata Imam al-Barzanji akibat kail mereka yang hanya sejengkal untuk menduga lautan dalam ...Allahu ... Allah. Syukurlah, amalan bermawlid, bermarhaban dan membaca Barzanji telah mendapat sokongan dan dokongan para ulama kita antaranya seperti di Sarawak ini oleh almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam fatwanya menyatakan:-
Selain almarhum Mufti Sarawak tersebut, Shohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Yunus bin Mohd Yatim, mufti ke-3 Negeri Melaka, turut mendokong amalan Barzanji. Beliau menyatakan:-Soalan:-
Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini ?
Jawapan:-
Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w. Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna. Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363). Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi. Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah sekali-kali tertegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam pekerjaan yang baik.
Oleh itu, wahai ikhwah, janganlah terpedaya dengan kata-kata kaum yang suka bermudah-mudah dalam urusan agama ini. Dalam bab makan-minum tak mau pulak mereka nak bermudah-mudah, semua nak sodap, nak nyaman, bila masuk bab agama, senang je lidah tak bertulang mereka mengeluarkan - "tak pa Islam itu mudah". Ungkapan yang benar tetapi yang dikehendaki mereka dengannya adalah kebatilan. Moga Allah memberi mereka hidayah atau memusnahkan mereka agar padam fitnah yang menimpa umat beragama. Selamat Menyambut Mawlidur Rasul s.a.w., meriahkanlah sambutannya walau karihal Wahhabiyyun.
***************************************
Mawlid Barzanji
Mawlid Barzanji
Tidak ada komentar:
Posting Komentar