Selasa, 09 Februari 2010

Karamah Sayyidina Tsaabit

Tatkala turun ayat 2 surah al-Hujurat yang kira-kira bererti: " Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan jangan kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedangkan kamu tidak menyedarinya.," Sayyidina Tsaabit bin Qais r.a. merasa amat khuatir. Ini adalah kerana beliau seorang yang memiliki suara lantang. Maka bersedihlah Sayyidina Tsaabit sehingga beliau tidak menghadap Junjungan Nabi kerana khuatir suara lantangnya akan mengganggu baginda. Setelah keadaannya diperihalkan kepada Junjungan Nabi s.a.w., maka baginda menyatakan bahawa Sayyidina Tsaabit adalah seorang ahli syurga dan bukannya ahli neraka. Kisah ini dapat kita baca dalam Shohih Bukhari pada kitab tafsir surah al-Hujurat.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam karyanya "Jaami' Karaamaatil Awliyaa`" juzuk 1 pada halaman 131 menukil satu kisah aneh yang berlaku ketika pengkebumian Sayyidina Tsaabit bin Qais r.a.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Ubaidillah al-Anshari sebagai berkata:- " Adalah aku termasuk di antara orang yang mengkebumikan jenazah Tsaabit bin Qais r.a. di mana beliau terbunuh dalam peperang Yamamah dan beliau adalah khatibnya kaum Anshar. Junjungan Nabi s.a.w. telah bersaksi baginya dengan syurga. Maka tatkala kami memasukkan beliau ke dalam kuburnya, kami mendengar dia berkata: "Muhammad Rasulullah, Abu Bakar ash-Shiddiq, 'Umar asy-Syahid , Utsman al-Barrur Rahim," lalu kami melihatnya (kerana beranggapan dia masih hidup) padahal dia telah mati.
Allahu ... Allah, begitulah kemuliaan Sayyidina Tsaabit yang ketika hayatnya berpegang teguh atas kerasulan Junjungan Nabi s.a.w., mendampingi baginda serta para khalifah baginda yang benar. Terbukti, kesaksian Sayyidina Tsaabit telah bersamanya sehinggalah beliau masuk ke persemadiannya. Bagaimana pula kita agaknya? Dengan kalimah apa kita memasuki gerbang kematian nanti? Kalimah apa yang kita sediakan untuk menghadapi soal Munkar dan Nakir? Kalimah apa yang kita sediakan untuk hari pertemuan? Apakah yang bakal kita ucapkan tatkala hari kebangkitan?

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog