Senin, 04 Januari 2010

Seruan al-Qardhawi

Diberitakan dalam website Islam Online (edisi Bahasa Arab) bahawa Syaikh Yusuf al-Qardhawi di akhir lawatannya ke Malaysia (tepatnya pada 22/12/2009), dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, telah menyeru agar semua pihak bersatu dalam mempertahankan pegangan Islam berteraskan Mazhab asy-Syafi`i dan Aqidah al-Asy`ari yang diamalkan di Malaysia serta menentang sebarang serangan pemikiran dari luar. Walaupun Syaikh al-Qardhawi terkenal dengan sikap agak "bebas mazhab " dalam ertikata beliau tidak terikat dengan mana-mana mazhab tertentu, di mana mungkin beliau seorang ulama yang telah layak untuk mengambil bersikap sedemikian, tetapi beliau bukanlah seorang yang "anti-mazhab". Beliau masih dapat melihat kepentingan mazhab dalam menyatupadu dan menseragamkan amalan beragama umat di satu-satu tempat. Diharap para pencinta dan pengkagum al-Qardhawi dapat menerima seruan dan saranan beliau tersebut, demi menjaga kesatuan, persatuan, perpaduan dan keutuhan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

- Untuk pandangan Syaikh Yusuf tentang Mawlid Nabi SAW, sila klik.
- Baca juga tulisan Ustaz Mohd Khafidz mengenai mazhab Syaikh Qardhawi.

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog

Memuat...