![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjU_jhp9QRbDuc-DU2akAc4Sz6GNprLG93udY0dBXYxR9nBqc9ZO2cBslYJFMnQnX0OTNYDtSt7lCUoEghoJP2GyyPMcGADr76OAlp02gNcASxWR8DxAhr0ygqu_Pqp4js2WHRuvyrZbGZa/s200/MAWLID.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg_ropoz_6BbKMseBqofuWe1K2ESZV4qFLvp8RdrxWIuP6A26syMppmTyaBiILGOSdddNhwa0K5h5i9lAgQrJC5seucmVGV_zohuVPUWMCAeYTtsk1Pn2jGeFnBx85q0yH9YVk6V5lzhrj/s400/ibnul.jpg)
Dan Ibnul Jawzi telah menyatakan bahawa di antara khasiatnya (yakni khasiat majlis mawlid Junjungan Nabi SAW) bahawasanya diberikan keamanan pada tahun tersebut dan akan diberikan kegembiraan dengan segeranya tertunai segala cita-cita dan keinginan.Apatah lagi jika setelah segala untaian indah sirah kehidupan, akhlak pribadi dan sifat kemuliaan Junjungan Nabi SAW dibaca dalam mawlid yang indah bahasanya, diiringi pula doa membawa berbagai harapan dan permohonan, antaranya pula, mohon keamanan dan kesentosaan serta kemakmuran bagi negeri yang tercinta. Contohnya sebagaimana yang dipanjatkan oleh Sidi Ja'far al-Barzanji rahimahUllah dalam doa khatam mawlid beliau, antara lain menyebut:-
اَللّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ وَ سَاِئرَ بلاَدِ اْلمُسْلِمِيْنَ آمِنَةً رَخِيًّةً
وَ اسْقِنَا غَيْثًا يَعُمُّ انْسِيَابُ سَيْبِهِ السَّبْسَبَ وَ رُوْباَه
وَ اسْقِنَا غَيْثًا يَعُمُّ انْسِيَابُ سَيْبِهِ السَّبْسَبَ وَ رُوْباَه
Ya Allah, jadikanlah negeri ini dan sekalian negeri umat Islam aman sentosa lagi makmur dan cucurilah kami akan hujan rahmat yang meratai segala lembah dataran dan bukit-bukau.
Allahumma aamiin. Mudah-mudahan dikabulkan Allah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar