Sebagai ulama dan daie, perjalanan hidupnya juga dipenuhi onak dan duri ujian pancaroba seperti jejak para pendahulu beliau. Pada tahun 80-an, terjadi perselisihan besar antara beliau dengan beberapa ulama Wahhabi (semestinya tidak mengaku Wahhabi) yang didokong oleh Kerajaan Saudi. Beliau telah dituduh sesat, penyebar bid`ah dan khurafat (subhanAllah, jika ulama besar lagi keturunan asyraf yang mulia ini juga tidak terlepas daripada tohmahan dan tuduhan puak mubtadi` Wahhabi-Salafi itu, maka siapakah kita untuk terlepas daripada tuduhan mereka. Oleh itu, jangan gusar apabila dituduh sebagai sesat, syirik dan ahli bid`ah oleh puak-puak tersebut. ) Perselisihan tersebut semakin meruncing sehingga beliau diajak berdialog dengan Syaikh Sulaiman ibnu Mani` al-Wahhabi atas saranan Mufti Wahhabi ketika itu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz al-Wahhabi (tanbih: berhati-hatilah dengan fatwa ulama Wahhabi ini) yang memang bermusuh dengan Habib Muhammad al-Maliki. Syaikh Ibnu Mani` kemudian menerbitkan dialognya dengan Habib Muhammad dalam bentuk buku dengan jodol “Hiwar ma`al Maliki li raddi munkaratihi wa dholalatihi” (Dialog bersama al-Maliki pada menolak kemungkaran dan kesesatannya). Habib Muhammad pula menerbitkan bukunya yang terkenal, iaitu “Mafahim yajibu an tushahhah”. Kitab beliau ini telah mendapat pujian dan pengiktirafan oleh ramai ulama besar dari seluruh pelusuk dunia Islam. Selain daripada itu, ulama-ulama Mesir, Tunisia, Kuwait dan sebagainya telah membuat pembelaan mereka terhadap Habib Muhammad al-Maliki dengan lisan dan tulisan. Kezaliman terhadap beliau tidak berhenti setakat itu, tetapi beliau juga telah ditegah dan dikeluarkan dari mengendali halaqah turun temurun keluarga beliau dalam Masjidil Haram oleh gembung-gembung Wahhabi. Semua ini dihadapi beliau dengan penuh kesabaran, setelah ditegah mengajar dalam Masjidil Haram, beliau mengajar di kediaman beliau di Syari` Alawi, Rushaifah, Makkah, kerana beliau berdakwah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan Allah itu tidak mengambil tempat. Murid-murid yang memondok di situ ditanggung segala nafkah makan-minum mereka oleh beliau....Allahu...Allah, bandingkan dengan sesetengah pihak sekarang baru buat website yang kononnya Islami, dah mintak sedekah kiri-kanan, bahkan tak segan silu mintak bahagian zakat, kononnya untuk membiayai "jihad" mereka....Allahu...Allah.
Alhamdulillah, sebelum kewafatan beliau, Allah telah memperlihatkan kejayaan dakwah dan tarbiyah beliau dengan lunturnya sedikit demi sedikit fahaman ekstrem Wahhabi ini dan beliau kembali mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan Saudi. Beliau dimaqamkan di Jannatul Ma'ala dekat dengan maqam nenda beliau Sayyidatina Khadijah ummul mu'minin r.anha. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan menjadikan tempat kedudukannya Syurga yang tertinggi bersama nendanya Junjungan Nabi s.a.w......al-Fatihah.
18 ulasan:
-
Allahuakbar!
Semalam, merupakan nisf Ramadhan yg mengingatkan kita dengan pemergian Ulama' 'Amilin yg kita kagumi dan segani lagi sayangi.
Al-Marhum Abuya atau Syeikh Alawi Al-Maliki sangat ana kagumi akan peribadinya dan tulisannya. dengan peluang dan barakah yg Allah beri kebetulan sempenan Seminar di UIA baru2 ni yang ulama' ulama2 kita datang, ana ditaklifkan terjemah sedikit juzu' dr kitab beliau yang masyhur dan mustafid jiddan. Walau tersangat lemah dan banyak kekurangan namun menyelongkar isi kitab itu memang tersangat kagum.
SubhanAllah..
Namun yang teramat mendukacitakan, tanpa disangka kebetulan semasa ana ke bilik Syeikh Hadith di sini, untuk bertanya tentang salah satu takrij hadith tanpa disangka2 ana terjumpalah kita yang berkaitan dengan Syeikh Alawi.
Rasanya tentang hiwar tersebut rasanya. Bagaimana Syaikh Bin Baz mengatakan Syeikh Alawi sesat dan menyuruhnya bertaubat. Allahuakbar!
Kita pelajar, dan kita menilai dan bila ana baca sedih pula rasanya. Emm mudahnya tokoh2 puak2 tu menghukum. Aduhai! Habis ulama'2 yang kita cintai disesatkan. Mereka sangat mudah mentabid' dan menghukum zahir.
Kata mereka: Kita sangat tassub pd mazhab dan menganggap ulama' kita maksum...
Ini isu lama, dan sangat salah pula kenyataannya. Tanpa mereka sedari mereka itulah lebih taasub dengan aliran mereka itu.
Kita cinta pd Ulama' dan hormati mereka kerana mereka itu wajar dihormati kerana menghormati ulama' dan menjaga adab-adab bersama mereka adalah jalan salaf as-soleh mendapat barakah ilmu di sepanjang jalan. Banyak kitab2 sebut tentang ini(bagaimana ulama'2 salaf menjaga adab) termasuk di dalam Risalah Al-Mustarsyidin yg ditahqiq oleh Syeikh Abu-Guddah.
Mereka lupa bukannya kita tidak boleh berkhilaf dengan para Ulama' namun bagaimana kita hadam akan manhaj istinbat ahkam dan mafhum nas dan mahir pula di dalam setiap lapang ilmu syarie dengan daqiq, rasikh, damiqhah maka bolehlah kamu ingin berkata kamu ingin berselisih dengan ulama'.
Namun disebabkan kita sekarang isu aqidah tidak selesai, manhaj tidak faham, adab tidak jaga, berada di dalam kekeliruaan, fitnah sana-sini, baca buku sikit2 ceduk sana sini sudah kata faqeh di dalam agama.
Ana teringat akan sahabiah ana dr Us yang seorang Syafie suaminya mengajar talqqi Feqh Syafie dan anak murid kepada Syeikh Ali Jum'ah berkata; Ulama'-ulama' dahulu masyarakat dahulu sangat boleh membina tamadun kerana mereka itu tidaklah mcm kita sekarang, disebabkan sangat tersohor fitnahnya, maka mudah kita ambil dr buku2 tertentu tanpa berguru dengan guru yang sohih pula.
Ini adalah fitnah besar sekarang. Moga2 Allah suluh hati kita dengan Nur Iman yang tetap hingga ke akhir.
Moga2 Allah mencucuri RahmahNYA kepada roh Syeikh Alawi Al-Maliki Al-Hasani.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar