Sebenarnya aku malas nak menulis berhubung bab ini kerana aku rasa kedudukannya telah pun diketahui sebab banyak dah dibahaskan di luar sana. Jadi bila dah banyak dibahas, semestinya ianya satu perkara khilafiyyah, di mana ramai ulama dan awam yang bersetuju dengannya dan ada jugak segelintir yang tidak bersetuju. Malangnya, ada jugak mamat dan minah yang "sik nengar beduk", masih nak komen orang yang tidak sefaham dengannya.
Ada satu Cik Nony yang segan mauk letak dia punya nama atau username, ada post satu komen jugak sama saya. Dalam itu komen aaa, kalu abang adik ada baca, darah muda mauk panas jugak ada. Nasib baik sini blog punya dalam, kalu itu parrrtiii punya mesyuarat mauk terbang itu kerusi meja...ayoyo banyak sabar... banyak sabar. Saya sini letak itu komen jugak ada, mauk kasi abang adik tengok baca, kalau sudi, kalau tarak sudi boleh langkah saja. Abang adik jangan maraa, saya sini komen kasi letak:-
Ikhwah, sebenarnya hujjah yang dikemukakan oleh Cik Anon kita ini, adalah atsar Sayyidina 'Abdullah bin Mas`ud r.a. Anon kita dengan taksubnya menshohihkan atsar tersebut dengan bersandarkan kepada al-Albani dan bukunya (maap le, kalam al-Albani ngak ada nilai di sini, kamu juallah perkataannya tempat lain). Tanpa menjelaskan kepada kita status atsar tersebut di sisi para ahli hadits yang lain. Atsar ini diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya, jilid 1 halaman 68, dengan sanad daripada al-Hakam bin al-Mubarak daripada 'Amr bin Yahya daripada ayahnya daripada datuknya (Amr bin Salamah). Menurut sebahagian muhadditsin, kecacatan atsar ini adalah pada rawinya yang bernama 'Amr bin Yahya (yakni cucu Amr bin Salamah). Imam Yahya bin Ma`in memandang "riwayat daripadanya tidak mempunyai nilai". Imam adz-Dzahabi menyenaraikannya dalam kalangan rawi yang lemah dan tidak diterima riwayatnya, dan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dia adalah rawi yang dhoif. Jadi sanad atsar ini mempunyai pertikaian di kalangan muhadditsin, sekalipun dinyatakan shohih oleh panutan Cik Anon kita, al-Albani.
Jika pun atsar tersebut dianggap shohih, maka Cik Anon sepatutnya merujuk kepada tafsiran dan penjelasan para ulama yang muktabar mengenainya. Anon juga tidak berlaku amanah bila tidak memaklumkan bahawa berhubung zikir bersama-sama atau berjemaah dalam satu majlis mempunyai sandaran yang banyak lagi shohih daripada hadits-hadits Junjungan Nabi s.a.w. dan atsar - atsar. Cik Anon juga gagal memahami bahawa puak yang ditegur oleh Sayyidina Ibnu Mas`ud adalah golongan KHAWARIJ. Maka atsar Sayyidina Ibnu Mas`ud lebih kepada kritikan beliau kepada para pelaku yang tergolong dalam firqah Khawarij. Di mana golongan Khawarij memang terkenal dengan kuat beribadah, kuat sholat, kuat berpuasa, kuat membaca al-Quran, banyak berzikir sehingga mereka merasakan diri mereka lebih baik daripada para sahabat Junjungan s.a.w. Maka kritikan Sayyidina Ibnu Mas`ud ini ditujukan kepada kelompok Khawarij yang mereka itu mengabaikan bahkan mengkafirkan para sahabat kerana beranggapan ibadah mereka lebih hebat daripada para sahabat.
Oleh itu, janganlah digunakan atsar yang ditujukan kepada kaum Khawarij untuk kamu gunakan terhadap saudara kamu yang sangat memuliakan para sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Sungguh sikap kamu ini jelas sikap Wahhabi yang menggunakan ayat-ayat yang ditujukan kepada orang kafir dan musyrikin untuk dijadikan peluru menghentam, membid`ah, mensyirik, mengkafirkan sesama Islam. Jangan kamu ingat para ulama kami tidak tahu mengenai atsar Sayyidina Ibnu Mas`ud ini. Takutlah kamu kepada Allah, kerana seperti yang kamu katakan bahawa agama ini milik Allah bukannya hakmilik kamu dan bukan milik ikutan kamu golongan serpihan umat itu. Jangan kamu merobek perkara yang telah dipandang baik dan elok, kalau tidak dengan ijma' umat ini, setidak-tidaknya baik dan elok di sisi jumhur. Jangan kamu taksub dan fanatik kepada seorang imam kamu untuk menuding jari bahawa para Imam kami dan ulama kami membuat-buat bid`ah. Insaflah wahai Cik Anon, khazanah ilmu Islam itu luas, seluas lautan lepas tidak bertepi, bukan hanya dalam karangan-karangan al-Albani sahaja.
Akhir sekali, aku nukilkan di sini kalam Imam as-Sayuthi rhm. berhubung atsar Sayyidina Ibnu Mas`ud ini. Ikhwah dan Cik Anon boleh rujuk tulisan Imam Besar ini yang dengan jodol "Natiijatul Fikri fil Jahri fidz Dzikri" dalam "al-Hawi lil Fatawi" juz 1. Di situ Imam asy-Sayuthi menyenaraikan 25 hadits dan atsar yang diriwayatkan oleh asy-Syaikhan hinggalah yang diriwayatkan oleh al-Mirwazi berhubung berzikir secara jahar dan majlis zikir berjemaah. Berhubung atsar Ibnu Mas`ud, Imam asy-Sayuthi pada halaman 394 menyatakan, antara lain:

************************************************************
Anonymous said... **************************************************

(Jika engkau kata) Telah dinukilkan yang Sayyidina Ibnu Mas`ud telah melihat satu kaum bertahlil dengan mengangkat suara dalam masjid, lalu beliau berkata: "Tidak aku melihat kamu melainkan (sebagai) pembuat bid`ah", sehingga dikeluarkannya mereka dari masjid tersebut. (Kataku - yakni jawapan Imam as-Sayuthi) Atsar daripada Sayyidina Ibnu Mas`ud r.a. ini memerlukan penjelasan lanjut berhubung sanadnya dan siapa yang telah mengeluarkannya daripada kalangan para hafidz dalam kitab-kitab mereka. Jika dikatakan ianya memang tsabit, maka atsar ini bercanggah dengan hadits-hadits yang banyak lagi tsabit yang telah dikemukakan yang semestinya didahulukan (sebagai pegangan) berbanding atsar Ibnu Mas`ud apabila berlaku percanggahan. Kemudian, aku lihat apa yang dianggap sebagai keingkaran Sayyidina Ibnu Mas`ud itu (yakni keingkarannya terhadap majlis-majlis zikir bersama-sama tadi) akan penjelasan Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab "az-Zuhd" yang menyatakan:- Telah memberitahu kami Husain bin Muhammad daripada al-Mas`udi daripada 'Aamir bin Syaqiiq daripada Abu Waail berkata:- "Mereka-mereka mendakwa 'Abdullah (yakni Ibnu Mas`ud) menegah daripada berzikir (dalam majlis-majlis zikir), sedangkan 'Abdullah tidak duduk dalam sesuatu majlis melainkan dia berzikirUllah dalam majlis tersebut." Dalam kitab yang sama, Imam Ahmad juga meriwayatkan bahawa Tsabit al-Bunani berkata:- "Bahawasanya ahli dzikrUllah yang duduk mereka itu dalam sesuatu majlis untuk berdzikrUllah, jika ada bagi mereka dosa-dosa seumpama gunung, nescaya mereka bangkit dari (majlis) dzikrUllah tersebut dalam keadaan tidak tersisa sesuatupun dosa-dosa tadi pada mereka", (yakni setelah berzikir, mereka memperolehi keampunan Allah ta`ala).Ikhwah, sekali lagi aku ingatkan bahawa para ulama kita bukan orang jahil dan bukanlah orang tidak takutkan Allah. Sungguh mereka lebih takutkan Allah, daripada kita semua, termasuklah Cik Anon kita. Oleh itu, berhati-hatilah bila mengkritik fatwa dan pandangan mereka. Aku sekadar membawa kalam mereka.
Allahu a'laam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar