
Adalah kami pada hari Badar berkongsi seekor unta 3 orang, dan adalah Sayyidina Abu Lubabah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a. menjadi rakan berkongsi unta dengan Junjungan Nabi s.a.w. Ketika sampai giliran untuk menunggang unta, mereka berdua berkata kepada Junjungan s.a.w.: "Wahai RasulAllah, biarlah kami berjalan dan engkau tetap naik." Baginda menjawab: "Kalian tidaklah lebih kuat daripadaku untuk berjalan dan tidaklah aku terkaya daripada memperolehi pahala."

Sungguh Ghazwah Badar amat signifikan dalam kehidupan seseorang individu muslim kerana inilah hari berlakunya penentuan sama ada Islam terus tetap berkembang atau berkubur. Junjungan s.a.w. sendiri dalam munajat baginda sebelum meletusnya perang tersebut menyatakan:-
اللهم أنشدك عهدك و وعدك، اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض
Sungguh peristiwa ini mesti sentiasa lekat dalam fikiran dan sanubari kita. Kemenangan tentera Badar di bawah pimpinan Junjungan telah menjadi sebab bagi perkembangan pesat Islam ke seluruh alam sehingga ke rantau kita ini wajar diingat dengan penuh rasa syukur kepada Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 123:-
Ya Allah, aku mengharapkan janji-janjiMu. Ya Allah, jika sekiranya Engkau binasakan akan pasukan ini (yakni para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan sungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).



Ikhwah, untuk penutup posting ini, aku nukil kalam Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rhm. dalam "Hadiiqatul Azhaar war Riyaahiin" bahawa:-
و قال صلى الله عليه و سلم أذكروا الصالحين يبارك عليكم.
و قال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
و قال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
Dan bersabda Nabi s.a.w.:- "Sebut oleh kamu akan segala orang yang sholihin nescaya diberi berkat atas kamu". Dan sabdanya juga:- "Tatkala menyebutkan segala orang yang sholihin itu turunlah rahmat."Mudah-mudahan keberkatan Ahli Badar terus mengalir kepada kita sekalian demi kemuliaan Penghulunya Ahli Badar, Junjungan Nabi s.a.w., moga dengan keberkatan tersebut kita akan bersemangat waja untuk mengamalkan dan menegakkan Islam dengan sebaiknya.
اللهم آمين .... الفاتحة إلى حضرة النبي و الى ارواح اصحاب البدر الكرام
Tidak ada komentar:
Posting Komentar