Kamis, 03 September 2009

Keistimewaan wanita

Keistimewaan wanita

WANITA

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa

istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita.



Istimewanya Wanita :



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang

lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal

tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang

yang penyayang tidak akan sia-sia."



2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang

soleh.



3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama

orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang

takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)

lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang

siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi

Ismail A.S.



5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku

(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.



6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan

atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan

dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa

serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.



7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada

anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka

akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah

panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu

neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang

dia kehendaki dengan tidak dihisab.



11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di

udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya

selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga

sembahyang dan puasanya).



12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah

yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa

pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,

memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu

syurga mana sahaja yang dia kehendaki.



14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah

S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000

tahun).



15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya

setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah

S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah

S.W.T.



17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada

dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu

tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,

maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba

dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.



20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.



21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki

yang jahat.



22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80

rakaat solat wanita yang tidak hamil.



23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu

badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang

diberikannya.



24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam

keadaan letih akan mendapat pahala jihad.



25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat

isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.



26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah

dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih

awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan

wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan

menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang

sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia

hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.



28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh

binatang itu dengan doa keberkatan.



29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan

berkatkan rezekinya.



30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti

meyapu lantai di baitullah.



31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.



32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.



33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan

setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.



34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan

dikira sebagai mati syahid.



35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun

solat.



36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka

malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib

baginya.



37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah

akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7

tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7



tola perak.



39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki

syurga.



40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80

tahun ibadat.



41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi

Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu

memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog