Kamis, 03 September 2009

ALWI YANG PERTAMA

ALWI YANG PERTAMA - 2007/10/16 09:02 Nama "'Alwi" atau "'Alawi" amat masyhur di kalangan para habaib terutama yang berketurunan Imam al-Muhajir r.a. Tersebut dalam "Syarhul 'Ayniyyah" karya as-Sayyid asy-Syarif al-'Aliy al-Muniif al-'Allaamah al-Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi Ba 'Alawi yang mensyarahkan qasidah guru beliau Imam al-Haddad dinyatakan bahawa keturunan Rasulullah s.a.w. yang pertama diberi nama 'Alwi @ 'Alawi adalah cucu Imam Ahmad al-Muhajir yang pertama dilahirkan di Hadhramaut iaitu al-Imam as-Sayyid 'Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Daripada beliau inilah turun segala zuriat para habaib 'Alawiyyin @ Bani 'Alawi yang masyhur zaman berzaman. Maka kepada beliau inilah keluarga Junjungan Nabi s.a.w. keturunan Imam Husain r.a. dari jalur Imam 'Ali al-'Uraidhi dinisbahkan sebagai Aali Ba 'Alawi (keluarga Ba 'Alawi) atau 'Alawiyyin. Keturunan mulia yang amat berjasa dalam dakwah dan penyebaran Islam. Rumpun bangsa Melayu di Nusantara amat bertuah kerana Allah s.w.t. telah menjadikan Islamnya leluhur kita atas tangan para habaib yang mulia ini.

Pada tahun 1962 di Pasuruan, Jawa Timur, yang terkenal sebagai Kota Santri telah diadakan satu pertemuan dan musyawarah yang dihadiri oleh 165 ulama besar Indonesia ketika itu yang membahaskan antara lain mengenai kemasukan Islam ke Indonesia. Antara kesimpulan yang diperolehi hasil musyawarah tersebut dinyatakan sebagai berikut:-


Kami atas nama Majlis Musyawarah menyampaikan bahwa Majlis Musyawarah dalam pertemuannya yang ketiga pada 8 Dzulhijjah 1382H bertepatan dengan 20 April 1962 yang dihadiri sekitar 165 ulama, setelah mendengarkan, membahas dan mencari bukti-bukti tentang hal tersebut di atas memutuskan bahwa yang pertama memasukkan Islam ke Indonesia adalah para Syarif 'Alawiyyin dari Hadhramaut yang bermadzhab Syafi`i.

Selain mensifatkan Imam 'Alwi bin 'Ubaidillah dengan ilmu, warak, tawadhu, dermawan, tinggi budi pekerti dan berbagai sifat kepujian, penting juga untuk kita beri perhatian bahawa Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi dalam kitabnya tersebut dengan tegas menyatakan yang Imam 'Awli bin 'Ubaidillah adalah seorang SUNNI SYAFI`I (SUNNIYYAN SYAAFI`IYYAN). Maka kenapa sekarang ada yang mengaku keturunan beliau tetapi menyalahi i'tiqad pegangan beliau, bahkan cuba metasywisykan umat dengan menimbulkan isu "mazhab Ahlil Bait" yang digambarkan sebagai berseberangan dengan Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Oleh itu, sempena bulan yang mubarak ini, aku mengingatkan diriku yang faqir lagi haqir ini agar tetap istiqamah atas jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang melazimi salah satu mazhab dari mazhab empat yang muktabar. Pegangan i'tiqad yang jazam lagi muwafaqah dengan yang sebenarnya iaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah, adalah maha penting kerana atas dasar inilah amalan yang makbul dibina. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan kita atas pegangan para salafus sholeh terdahulu yang disampaikan kepada kita melalui wasitah para ulama khalaf yang merupakan murid, pengikut dan khalifahnya para salaf terdahulu. Sungguh mata rantai para ulama Islam tidak pernah terputus, berbeda dengan agama-agama samawi selainnya. Binasalah orang yang cuba membeza-bezakan antara para ulama salaf dan ulama khalaf sehingga menimbulkan waham seolah-olah kedua-dua pihak itu saling bertentangan. Sungguh tiada pada khalaf melainkan ajaran salaf.

Sumber : www.bahrusshofa.blogspot.com

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog