Jumat, 17 April 2009

Syaikh 'Abdullah 'Abdun

KH 'Abdullah bin 'Awadh bin Ahmad 'Abdun atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz 'Abdullah 'Abdun dilahirkan di kota Pelawa Parigi, Sulawesi pada 19 November 1936. Ayah beliau, 'Awadh bin Ahmad 'Abdun, berasal dari Yaman Selatan, manakala ibu beliau bernama Zainab binti Muhammad Thayyib asal Sulawesi Selatan. Beliau memulakan pendidikan formal agamanya di Pesantren al-Khairat yang didirikan dan dipimpin oleh Habib 'Idrus bin Salim al-Jufri.

Habib 'Idrus telah mendidik dan membina pribadinya dengan sebaik mungkin, bahkan kerana kesungguhan dan kerajinannya beliau menjadi murid kesayangan Habib 'Idrus al-Jufri. Penguasaannya terhadap ilmu ternyata apabila dalam usia muda seawal 15 tahun, beliau telah diberikan amanah untuk bantu mengajar di al-Khairat tersebut. Minatnya untuk mendalami ilmu hadits membawa beliau memohon izin daripada Habib 'Idrus untuk menyambung pengajiannya ke Darul Hadits, Malang yang dipimpin oleh Habib 'Abdul Qadir Bil Faqih. Awalnya Habib 'Idrus keberatan untuk memberi keizinannya, hanya setelah setahun barulah keizinan dan restu diberikan sang guru kepada muridnya Ustaz 'Abdullah 'Abdun. Maka setelah memperolehi izin sang guru, Ustaz 'Abdullah meneruskan pengajiannya di Darul Hadits dan di samping mengaji beliau juga turut mengajar di sana. Beliau belajar dan mengajar di sana selama lebih 8 tahun. Setelah tamat pengajiannya, beliau tetap memberikan khidmat mengajar di al-Khairat dan Darul Hadits serta di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) di samping mendirikan pondoknya sendiri di Malang yang dinamakannya Darut Tauhid.

Hari Rabu, 19 Shafar al-Khair 1423 / 1 Mei 2002, Ustaz 'Abdullah dipanggil kembali ke rahmatUllah. Bukan harta benda yang beliau wariskan tetapi ilmu yang bermanfaat yang tersebar luas di dada para santri beliau. Moga segala amal beliau diterima Allah serta beliau ditempatkan bersama para sholihin..... al-Fatihah.

Di sela kesibukan beliau berdakwah dan mendidik santri, Ustaz 'Abdullah berkesempatan menulis baik berupa makalah, artikel maupun buku, antaranya:-
  1. Kunci Ilmu Nahwu;
  2. Hadits-Hadits Pilihan;
  3. Sanggahan atas Tulisan Pengingkar Nur Nabi Besar Muhammad s.a.w.;
  4. Islam & Hak-Hak Asasi Manusia;
  5. Fathul Majid fi 'ilmit tajwid;
  6. Al-Khairat wa muassisuha fis suthur;
  7. Pedoman Berzakat Fitrah & Penggunaan Zakat Pada Umumnya;
  8. Perbedaan Prinsip antara 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah & Syiah.
"Perbedaan Prinsip Antara Aqidah & Ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah Dan Syi'ah Imamiyah" adalah antara karya Ustaz 'Abdullah 'Abdun. Dalam karyanya ini beliau memperjelaskan perbezaan prinsip antara Sunni dan Syi'i, di samping sanggahan dan penjelasan terhadap kebatilan pegangan kaum Syi'i tersebut. Dalam menghasilkan karya ini, beliau telah merujuk kepada sumber-sumber Syiah sendiri antaranya "al-Kafi", "Man Laa Yahdhurul Faqih", "al-Istibshar", "at-Tahdzib", "Kitabul Ghaibah", Wasaa-ilusy Syi'ah", "Tafshil Wasaa-ilusy Syi'ah", "Tafsir al-Mizan", "Fashlul Khithaab", "al-Hukumatul Islamiyyah" dan "al-Ghadir". Perbahasan dalam karya tersebut walaupun ringkas, tetap meliputi aspek-aspek penting seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam dan rukun Iman, berhubung al-Qur'an, tentang raj'ah, kitman, taqiyyah, imamah, sahabat, mut'ah dan sebagainya. Karya ini diakhiri dengan satu harapan, di mana beliau menulis:-

SUATU HARAPAN
  • Besar harapan penulis bahwa Qur'an yang ada ini adalah Qur'an semua pihak dan tidak ada lagi Qur'an yang lain selain Qur'an Kaum Muslimin yang telah berumur 1500 tahun ini dan menjadi panutan kaum muslimin seterusnya sampai hari kiamat, sebagaimana sangat diharapkan terwujudnya Ukhuwah Islamiyah yang hakiki dan jujur.
  • Kami ingin terjalin Ukhuwah Islamiyah yang hakiki, terbuka, tanpa taqiyah, tanpa aqidah dan ajaran yang aneh-aneh. Mari kita berpegang kepada aqidah dan ajaran yang benar.
  • Kami yakin bahwa ajaran Ahlussunnah wal Jama'ah bersumber dari Allah s.w.t. yang diamanahkan kepada Rasulullah s.a.a.w. dan akhirnya sampai kepada kita semua melalui proses yang sehat sekalipun banyak rintangan. Mari kita kembali kepada ajaran Allah s.w.t. dan ajaran Rasulullah s.a.a.w.
Kami ingin mendengar mereka /Syi'ah mencabut kutukan mereka terhadap para sahabat Rasulullah s.a.a.w. sebab selain Ahli Bait Rasulullah s.a.a.w., mereka (sahabat) itu adalah juga orang-orang yang amat berjasa dalam proses tersebarnya Islam di seluruh dunia. Sahabat Rasulullah s.a.a.w. adalah yang sejak bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.a.w. sampai meninggal dunia berada dalam keadaan beriman. Yang murtad atau yang munafiq (menampakkan Islam dan menyembunyikan kekufuran) bukan lagi sahabat Nabi s.a.a.w. Adapun pembunuh Sayyiduna Husein atau penyebab terbunuhnya beliau a.s. menurut fatwa Ulama Ahlussunnah Waljamaah (di antaranya al-Imam al-Haddad), adalah fasiq.

3 komentar:

Unknown mengatakan...

koreksi. yang benar syaikh abdullah bin awadh abdun, bukan bin ahmad.. thanx

Unknown mengatakan...

afwan... yang benar syaikh abdullah bin awadh abdun bukan bin ahmad. al faqir salah satu murid beliau

Unknown mengatakan...

afwan ana koreksi. yang benar syaikh abdullah bin awadh abdun, bukan bin ahmad.. ana salah satu muri beliau di ponpes daruttauhid malang.. syukron

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog