Jumat, 17 April 2009

Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan

Ikhwah, cukuplah kemuliaan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. bahawa antara murid-muridnya ialah Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi rhm. pengarang "I'anathuth-Tholibin" yang masyhur, Sayyidil Quthub al-Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rhm., bahkan Kiyai Agung Sayyidisy-Syaikh Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban rhm. sempat menjadi muridnya sewaktu belajar di Makkah. Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi telah mengarang kitab bernama "Nafahatur Rahman"
  • yang merupakan manaqib atau biografi kebesaran gurunya Sayyidi Ahmad rhm.

  • Jadi beliau yang disanjung oleh ulama antara lain sebagai al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syaikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syaikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi s.a.w. dan Bintang-bintang langitnya), Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik) adalah guru bagi guru-guru kita, alhamdulillah, mudah-mudahan rantaian sanad yang gilang gemilang ini menurunkan keberkatan Rasul Junjungan kepada kita dan moga termasuk kita dalam golongan yang "menakjubkan" ar-Rahman dengan di masukkan ke syurga dalam satu mata rantaian.
  • Inilah orang yang ditohmah dan dituduh oleh puak Wahhabi sebagai tukang fitnah yang memburuk-burukkan Ibnu Abdul Wahhab an-Najdi dan Wahhabi. Ketahuilah bahawa antara yang awal memfitnah Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. adalah Rasyid Ridha murid Abduh yang mengarang "Tafsir al-Manar" rujukan kaum mudah dan Wahhabi. Tujuan mereka memfitnah Sayyidi Ahmad adalah untuk memusnahkan ilmu dan pengetahuan yang sebenar, agar kebatilan mereka diterima. Sesungguhnya Sayyidi Ahmad bersih dari tuduhan musuh-musuhnya tersebut, beliau adalah ulama yang takutkan Allah dan seorang yang tsiqat. Terpulanglah kepada ikhwah, tapi aku lebih percayakan beliau daripada Rasyid Ridha dan gurunya Muhammad Abduh yang neo-mu'tazilah itu (bukan aku yang melabelnya sebagai neo-mu'tazilah tetapi Imamul Akbar Syaikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam bukunya "Islam wal - 'Aql").
  • Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dalam "Nafahatur Rahman" antara lain menulis:- "Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan r.a. hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab "asy-Syaathibiyyah" dan "al-Jazariyyah", dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus."
  • Mudah-mudahan Allah merahmati dan meredhai Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan dan murid-muridnya serta kita sekalian. Mudah-mudahan Allah menguatkan iman dan taqwa kita serta memberi kita kekuatan untuk mempertahankan Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah serta para ulamanya.

TANBIH : Ingat kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang menerima 4 mazhab tetapi beramal dengan 1 secara lazim, bukan geng Syahidan Kasim yang kononnya Ahlus Sunnah wal Jamaah menerima 4 mazhab tetapi tak berpegang dengan mana-mana mazhab, kira mazhab campur-campur, mazhab rojak, mazhab caca marba, bahaya ooo silap-silap boleh mabuk bawak mati pun boleh. Kepada Syahidan Kasim, jangan marah, I know what you and your mufti did last Haj.

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog