Jumat, 17 April 2009

K.H.M. Syafi`i Hadzami - 2

Lahir dengan nama Muhammad Syafi`i pada 31 Januari 1931. Anak sulung pasangan Muhammad Saleh Raidi dan Nyonya Mini. Hadzami adalah gelaran yang diberikan sebelum usianya mencapai 30 tahun oleh para ulama senior masa itu kerana ketepatannya dalam membaca, memahami, menghadam serta menjelaskan nas-nas yang rumit. Perjalanannya menimba ilmu agama sungguh lama dan mengkagumkan. Mula belajar al-Quran dan tajwid dengan nendanya, Kiyai Husain, di samping turut belajar K.H. Abdul Fattah, Ustaz Sholihin, K.H. Ya'qub Sa`idi, Habib 'Ali bin Husain al-Aththas dan ramai lagi ulama sandaran umat waktu itu. Beliau sering dirujuk sebagai ulama yang multidisipliner kerana penguasaannya dalam berbagai bidang ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh, tasawwuf, tafsir, hadis, qiraah, usul fiqh, usul tafsir, mustholah hadis, nahwu dan balaghah. Beliau adalah seorang ulama yang khumul, yang giat melaksanakan tugas memandu umat ke arah kebenaran tanpa perlu disanjung. Beliau mengasuh 36 majlis ta'lim di seantero Jakarta yang dilaksanakannya dengan istiqamah. Bahkan setengah jam sebelum kembali ke rahmatUllah, beliau masih mengajar di Masjid Ni'matul Ittihad, Pondok Pinang, Jakarta Selatan yang diasuhnya sejak 1984. Walaupun khumul menjadi pakaiannya, beliau tetap dikenali tokoh dan ulama tempatan serta luar negeri. Ulama-ulama terkemuka dari Timur Tengah pun mengetahui keluasan dan kedalaman ilmunya. Almarhum Syaikh Yaasin bin 'Isa al-Fadani, ulama Makkah yang terkenal bahkan digelar sebagai "Musnidud Dunya", amat menyanjungi beliau. Dalam satu kunjungan Syaikh Yaasin ke Jakarta, beliau kesempatan memberikan ijazah kitab hadis dan para ulama terkemuka di Jakarta berkumpul kerana ingin mendapatkan ijazah daripada beliau termasuklah Kiyai Syafi`i. Satu per satu para ulama dipanggil untuk menerima ijazah daripada Syaikh Yaasin. Sehingga selesai acara, semua ulama tersebut mendapat ijazah daripada Syaikh Yaasin kecuali Kiyai Syafi`i. Rupa-rupanya Syaikh Yaasin tidak merasa sedap hati untuk memberikan ijazah kepadanya dan menganggapnya sebagai murid. Walaupun Kiyai Syafi`i sendiri menunggu-nunggu kesempatan itu dan sangat ingin dianggap murid oleh Syaikh Yaasin. Demikianlah penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya. Kiyai Syafi`i meninggalkan beberapa karangan yang berbobot antaranya "al-Hujjajul Bayyinah" yang disiapkannya pada tahun 1960 dan ditunjukkannya kepada gurunya Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi @ Habib Ali Kwitang. Setelah membacanya, Habib 'Ali Kwitang bukan sahaja memuji dan memberikan rekomendasi, bahkan turut menghadiahkan sebuah al-Quran, tasbih dan Rp5,000 kepadanya. Sewaktu berusia 25 tahun, beliau menulis sebuah kitab bermutu yang memuatkan kaedah-kaedah pembacaan al-Quran menurut Imam Warasy dengan jodol "Sullamul 'Arsy fi Qiraat Warasy". Wafatnya beliau pada pagi 7 Mei 2006 bersamaan 9 Rabi`uts-Tsani 1427 dalam usia 75 tahun merupakan satu kehilangan bagi kita. Muridnya K.H. Saifuddin Amsir saat pemakaman almarhum berbicara atas nama para murid almarhum menyebut:- "Beliau memiliki keikhlasan, ketawadhuan dan kearifan seorang guru. Beliau bukan hanya pengajar, melainkan juga mursyid dan murabbi....Kita memiliki universitas-universitas agama dengan bangunan yang membuat orang berdecak kagum. Tetapi dapatkah institusi-institusi itu menjamin sebuah kurikulum agama yang dapat menjawab persoalan-persoalan agama sebanyak yang dapat dijawab oleh K.H. Syafi`i Hadzami ?....Meski sekilas wafatnya beliau hanya menunjukkan kepergian seorang alim, sesungguhnya kita telah kehilangan sesuatu yang sangat besar dan berharga. Wafatnya beliau berarti juga runtuhnya sebuah universitas. Sepanjang pengabdiannya, beliau menyediakan berbagai ilmu yang dibutuhkan umat, seperti fiqih, ilmu kalam, ulumul-Quran, tafsir, hadis, ulumul hadis, ilmu alat dan berbagai ilmu keislaman lainnya. Semua itu dikuasainya dengan sangat mendalam. Sungguh, kita telah kehilangan sebuah universitas, dan membangunnya kembali sungguh pekerjaan yang sangat berat."

Tidak ada komentar:

"MAJELIS RASULULLAH SAW"

"MAJELIS RASULULLAH SAW"









"PERADABAN BARU ISLAM (FITRAH MANUSIA)"

Seaching Blog