
Bulan kelahiran Junjungan Nabi SAW menjelang lagi. Marilah kita meluangkan masa untuk memperingati baginda teristimewa pula pada saat-saat kelahiran baginda yang membawa rahmat dan nikmat yang tiada tara bagi kita. Lumrah bagi kita untuk menanti-nanti, menunggu-nunggu dan memperingati hari kelahiran diri kita, isteri kita, anak-anak kita, maka di mana celanya jika kita juga memperingati hari kelahiran manusia yang paling utama dan yang paling berjasa terhadap kita melebihi jasa ibu dan ayah kita. Maka amatlah wajar jika kita memberikan perhatian untuk memperingati kelahiran Baginda SAW.
Kita peringati kelahiran baginda, antaranya; dengan muhasabah diri; sejauh mana kita mencintai baginda, sejauh mana kita mengikuti ajaran baginda, sejauh mana kita memuliakan baginda, anak cucu baginda dan segala waris baginda daripada kalangan ulama yang muktabar. Kita peringati kelahiran baginda dengan melakukan berbagai amal kebajikan seumpama bersedekah, berjamu makan, membaca al-Quran, berzikir, bersholawat, berqasidah memuji baginda dan sebagainya. Ingatlah kepada baginda setiap saat dan ketika, kerana baginda itu lebih utama daripada diri kita. Jika terdetik rasa diri yang hina mendahului baginda, itu tanda berkurangnya iman di dada. Hayati firman Allah Tuhan seru sekalian alam dalam surah al-Ahzab ayat 6:
Maka berilah perhatian sewajarnya kepada Junjungan Nabi SAW, wahai mereka-mereka yang mengaku beriman dan umatnya baginda. Telah menulis 'Alim terkemuka, Sayyidul Ulama al-Hijaz, al-'Alim al''Allaamah asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin 'Umar bin 'Arabi al-Bantani al-Jawi 'alaihi rahmatul Baari dalam karya beliau : "Fathush Shomad al-'Aalim 'ala Mawlid asy-Syaikh Ahmad bin al-Qaasim" pada halaman 48 sebagai berikut:-Kita peringati kelahiran baginda, antaranya; dengan muhasabah diri; sejauh mana kita mencintai baginda, sejauh mana kita mengikuti ajaran baginda, sejauh mana kita memuliakan baginda, anak cucu baginda dan segala waris baginda daripada kalangan ulama yang muktabar. Kita peringati kelahiran baginda dengan melakukan berbagai amal kebajikan seumpama bersedekah, berjamu makan, membaca al-Quran, berzikir, bersholawat, berqasidah memuji baginda dan sebagainya. Ingatlah kepada baginda setiap saat dan ketika, kerana baginda itu lebih utama daripada diri kita. Jika terdetik rasa diri yang hina mendahului baginda, itu tanda berkurangnya iman di dada. Hayati firman Allah Tuhan seru sekalian alam dalam surah al-Ahzab ayat 6:

Tidak ada komentar:
Posting Komentar